Wednesday, 23 March 2011


  • Financial Consultant 

Apakah Tugas Perancangan Kewangan?
Istilah “perancangan kewangan” lazimnya agak “menggerunkan” sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu?
Jika tidak, apa sebenarnya?Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.
Apa yang termasuk dalam Perancangan Kewangan?
Pengurusan Aliran Tunai
- Menilai nilai bersih (net worth) kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang ada). Ini secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.
Di antara perkara yang perlu dirancang ialah belanjawan, melangsaikan hutang dan membuat tabungan.
Perancangan Pelaburan
- Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula dimana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.
Perancangan Insurans/Takaful
- Pastikan supaya semua aset & keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya. Pernahkan anda terfikir, apa yang akan berlaku, jika anda sakit @ kemalangan, terpaksa dirawat 3-4 bulan atau lebih dihospital, bagaimana kerja anda? income bulanan sudah tentu tiada selama mana anda tidak bekerja, simpanan terpaksa digunakan untuk bil hospital, adakah mencukupi? keluaga, isteri dan anak serta hutang rumah & kereta bagaimana? Banyak pekara yg perlu difikirkan. sudah tentu, fikiran anda tidak tenang memikirkannya. Kerana itulah kita perlu sediakan payung sebelum hujan, walaupun hari itu tidak berlaku hujan, Jadi Syarikat insurance akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh anda & fikiran anda secara tidak langsung menjadi lebih tenang.
Perancangan Cukai
- Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki. Ingat, anda bukan hendak melarikan diri dari membayar cukai tetapi anda belajar kaedah untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar.
Perancangan Persaraan
- Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.
Perancangan Pengagihan Harta
- Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.


Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu:
  • pengumpulan harta
  • pengurusan harta
  • perlindungan harta 
  • Dan pengagihan harta.

      • Financial Consultant